Friday, November 20, 2009

Jangan Biarkan Waris Kita Berbuat Dosa - Bhg 2

2. Dosa Memakan Harta Secara Batil

Pada harta yang ditinggalkan oleh si mati, ada bahagian ibubapa. Walaupun tak banyak, bahagian itu adalah hak yang mesti diserahkan. Seandainya tidak diserahkan sama ada si waris tahu ataupun tidak, lebih-lebih lagi jika tidak dipersetujui oleh ibubapa si mati, maka sesungguhnya harta yang dimakan oleh si waris adalah harta yang tidak bersih. Si waris telah berbuat dosa dengan memakan bahagian ibubapa si mati.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Nisa' 4:26 yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu memakan harta di antara kamu dengan cara yang batil (haram dan tidak betul)."

Sumber: Majalah Solusi Isu 13

Thursday, November 19, 2009

Jangan Biarkan Waris Kita Berbuat Dosa - Bhg 1

Peninggalan harta suami yang telah meninggal dunia. Antaranya ialah KWSP.

Si isteri terus membuat urusan untuk mengeluarkan wang KWSP arwah suami. Bila menerima wang tersebut si isteri terus menggunakannya untuk menampung perbelanjaan seharian seperti makan minum keluarga dan persekolahan anak-anak. Perbuatan ini adalah sesuatu yang baik dan wajar tapi sebenarnya tanpa disedari si isteri telah berbuat dosa.

1. Dosa memakan hak si mati.

Perkara utama yang sepatutnya diselesaikan ialah melunaskan semua hutang arwah suami seperti haji, zakat, hutang dengan orang dsb. Perkara ini tidak dilakukan mungkin si isteri kurang pendedahan dalam perkara ini. Selagi hutang si mati tidak dilunaskan selagi itulah si mati akan merana di alam barzakh.

Petikan dari majalah Solusi isu 13

Saturday, November 14, 2009

Lelaki Pakai Inai


Hukumnya adalah sunat bagi wanita yang telah berkahwin manakala haram bagi lelaki. Dalam mazhab Syafie mencelup uban dengan inai adalah sunat tetapi haram dicelup dengan warna hitam baik lelaki mahu pun perempuan.

Petikan dari Kitab Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa.

Friday, November 13, 2009

Nukilan Jumaat

Sabda Rasulullah S.A.W diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Maalik al-Asy'aari r.a. yang bermaksud: " Bersuci dengan berwuduk itu sebahagian daripada iman, ungkapan Alhamdulillah itu memenuhi neraca timbangan, ungkapan Subhanallahi wal-hamdulillah itu memenuhi keduanya segala langit dan bumi, solat itu adalah nur, sedekah itu adalah bukti, sabar itu sinar cahaya dan Al-Quran itu sama ada hujah bagi pihak mu atau bagi menentangmu (iaitu kamu akan mendapat manfaat daripadanya jika kamu membaca dan beramal dengannya, jika tidak Al-Quran akan menjadi hujah mendakwa ke atas mu) ".

Friday, November 6, 2009

Bulu Kucing

Menurut mazhab Syafi'i, bulu kucing yang tertanggal daripada tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal daripada tubuh badannya sama ada semasa hidupnya atau selepas mati. Sekiranya terdapat bulu kucing pada pakaian maka solat seseorang tidak sah.

Petikan dari majalah Solusi Isu No. 13

Tuesday, November 3, 2009

Boleh Ke Lelaki Pakai Sutera Tiruan/Campuran?

Dah memang sedia maklum yang lelaki diharamkan memakai sutera asli. Cuma yang confuse ni bila sutera tu bercampur. Kita banyak melihat baju kemeja sutera buatan (yang telah dicampur dengan bahan lain) dijual dipasaran dan dipakai oleh orang ramai di majlis-majlis. I remember when I was at this one batik shop in Kuala Trengganu, the shopowner presented me with one type of kain yang bercampur sutera (tapi nama kain tu tak ingat) and dia kata Mufti Perak pun beli kain tu.

Yang peningnya ada ustaz kata haram walaupun bercampur dengan lain seperti kapas. Tapi dalam kitab "Isu-isu Fiqh Halal & Haram Jilid 1" karya Dr. Basri Ibrahim,kata berpandukan kepada hadis diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w mengambil sutera lalu meletakkan pada tangan kanannya dan mengambil emas lalu meletakkan pada tangan kirinya lalu bersabda: 'Dua benda ini haram ke atas kaum lelaki dari kalangan umatku'. Banyak lagi hadis dalam kitab ni.

Kitab ni seterusnya menyatakan (petikkan dari ibn al-Arabi) tegahan memakai sutera sebenarnya tertumpu kepada sutera asli dan diizinkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dll. Jika bercampur kedua-dua bahan ini sehingga tidak lagi dinamakan sebagai sutera maka ia tidak lagi melibatkan alasan pengharaman pemakaian sutera. (Kalau tak silap kain satin juga bercampur sutera). Dan tengoklah suami kepada Ustazah Norbayah dlm rancangan Semanis Kurma. Dia pakai baju kain satin.

So, I am really confused. Sutera campuran ni HALAL ke HARAM dipakai oleh lelaki. Can someone who knows give feedback?

Sunday, November 1, 2009

Cara Berdoa

One more time today I found out what I wanted to know. In today's "Tanyalah Ustaz" program, ada soalan dari penonton bertanya tentang doa tolak bala. Kata dia ada kala tangan diterbalikkan dan ada kala tidak.

Ustaz tu kata tak jadi masalah. Bukan bermakna kalau tak terbalikkan tangan tu bala datang kat kita. InsyaAllah tidak. Cuma ada setengah orang yang macam pandai tu duk mengutuk orang yang tak ikut imam terbalikkan tangan bila berdoa tolak bala.

Friday, October 30, 2009

Antara Kesilapan Dalam Solat


Dalam sebuah kitab (101 Kesalahan Dalam Solat) susunan Abu Afifah terbitan Al Hdayah Publications, menyatakan:
" Ada setengah orang, jika ada kanak-kanak yang sudah mumayyiz dalam saf pertama, maka dia akan menyuruh kanak-kanak tersebut berpindah ke saf lain. Tidak patut hal ini berlaku apatah lagi kanak-kanak tersebut sudah mumayyiz dan hampir baligh. Jika kanak-kanak itu dipindahkan mungkin akan tersinggung dan benci kepada orang yang memindahkan mereka. Mungkin mereka akan malas ke masjid dan malas bersolat. Sedangkan mereka mungkin pernah mendengar ustaz berkata betapa besarnya pahala kalau bersolat dalam saf pertama".

Tak dinafikan perkara ini sememangnya berlaku dan hendaknya janganlah kita yang tua ni pun buat macam tu jugak.

Wednesday, October 28, 2009

Tebus Talak

I have always wanted to know exactly the "hukum" from syarak stand point. Betul kata this one ustaz, one day kita akan dapat jawapan. So one morning I watched this program on TV9 and the ustaz (can't remember his name) was talking about the subject. Tebus talak maksudnya si isteri membayar sejumlah wang kepada suami untuk diceraikan.

Dia kata dalam Islam ada 2 situasi yang membolehkan seorang isteri menebus talak dari suami. Pertama jika sang isteri tidak dapat memberi kebahagiaan kepada suami dari segi batiniah tetapi si suami enggan menceraikannya kerana terlalu sayang. (Yang ni aku pun tak berapa faham sangat. Ada ke suami macam tu ek?). Keduanya jika isteri terikat dengan syarat suami seperti "Kalau awak jumpa si anu lagi gugur talak 3". Jadi untuk menggugurkan syarat ni, isteri boleh menebus talak dan tamat tempoh edah bolehlah bernikah semula.

Kenapa lepas edah dan bernikah semula? Sebab perceraian cara ini memang tidak dibolehkan rujuk (lihat kitab "Indahnya Hidup Bersyariat karya Dato' Ismail Kamus").

Tapi yang bestnya tu, di akhir program ustaz tu bacakan sabda Rasulullah S.A.W yang katanya bagi isteri yang menebus talak selain syarat di atas hukumnya fasiq.

Tuesday, October 27, 2009

Analogi Tingkatan Pembacaan Al-Quran Setiap Malam

Tingkat Pertama (Tertinggi) : JUTAWAN (membaca 300-1000 ayat)

Tingkat Kedua: JAYAWAN (200 - 299 ayat)

Tingkat Ketiga: SETIAWAN (100 - 199 ayat)

Tingkat Keempat: PEMELIHARA ( 50 - 99 ayat)

Tingkat Kelima: PENGINGAT (10 - 49 ayat)

Tingkat Keenam: PELALAI (0 - 9 ayat)

Petikan dari Kitab "Indahnya Hidup Bersyariat" karya Dato' Ismail Kamus