Pada harta si mati juga ada hak anak-anak. Walaupun harta peninggalan si mati digunakan untuk menampung perbelanjaan seharian anak-anak, namun hak tersebut hendaklah terlebih dahulu dikeluarkan ataupun diasingkan. Andainya harta tersebut digunakan untuk menyara anak-anak, maka hendaklah dihitamputihkan agar nanti tidak menjadi pertikaian dan boleh diperjelaskan kemudian hari.
Sekiranya perkara ini tidak dilakukan oleh pewaris dan tidak pula mahu mengasingkan bahagian anak-anak, nanti harta yang ditinggalkan tidak cukup untuk menampung kos kehidupan. Namun demikian, sesungguhnya pewaris telah berbuat dosa iaitu memakan harta anak yatim.

Wallahua'lam.
Sumber: Majalah Solusi Isu 13
No comments:
Post a Comment