Monday, January 18, 2010

JAWATAN PEGAWAI ATAU KETUA

Seseorang Islam dibolehkan menjadi ketua/pegawai selagi mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik. Bagaimanapun, seseorang Islam tidak boleh mencalonkan dirinya untuk menyandang sesuatu jawatan atau pekerjaan yang bukan di dalam ruang lingkupnya. Justeru, orang Islam tidak perlu meminta kedudukan-kedudukan yang besar dan berusaha mendapatkan kedudukan tersebut sekalipun mempunyai kemampuan dan kelayakan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abd al-Rahman bin Auf r.a. yang bermaksud: "Jangan kamu meminta untuk menjadi ketua, kerana kalau anda diberi jawatan tersebut padahal anda tidak memintanya , anda akan diberi pertolongan, tetapi jika anda diberi jawatan itu kerana memintanya, anda akan dibebani jawatan tersebut".
Petikan dari buku "Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa Jilid 2 oleh Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari terbitan Al-Hidayah Publication.

1 comment:

  1. Setuju sangat tuan sbb tu dah 10 tahun saya tak naik pangkat, syukur lah dgn apa yg ada.

    ReplyDelete