Ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan ada sebab dan kisahnya. I stated in one of my emails long time ago (masa tu belum ada blog lagi) kenapa ayat berkaitan sebutan "InsyaAllah" dalam surah Kahfi diturunkan. Now I would like to share with you readers pertaining to Surah Al-Ahzab ayat 5, Firman Allah s.w.t yang bermaksud,
"Panggilah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapak-bapak mereka, maka (panggilah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu[1199]. Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[1199]. Maula-maula ialah seorang hamba sahaya yang sudah dimerdekakan atau seorang yang telah dijadikan anak angkat, seperti Salim anak angkat Huzaifah, dipanggil maula Huzaifah.
Ayat di atas seperti yang kita dah tahu melarang kita 'binkan' atau 'bintikan' anak angkat kepada nama bapa angkat. Rentetan peristiwa turunnya ayat ni:
Sebelum Siti Khadijah mengahwini Nabi Muhammad, beliau mengambil seorang hamba yang bernama Zaid bin Harithah. Sebenarnya, kaum Zaid diserang dan dia ditawan dan dijual sebagai hamba dan bertukar tangan hinggalah kepada Siti Khadijah. Bila Siti Khadijah kahwin dengan Nabi Muhammad dia hadiahkan Zaid ni pada baginda, So, Zaid pun bekerjalah dengan baginda. Ayah si Zaid ni pulak berusaha keras mencari anak dia. Ye lah..... ayah mana tak sayang anak. Cari punya cari akhirnya dia dapat tahu anak dia si Zaid ni tinggal dengan Rasulullah. Dia pun pi la jumpa Rasulullah dengan niat nak tebus balik anak dia tu tapi Rasulullah tak mahu terima sebaliknya baginda serahkan pada Zaid untuk buat keputusan. Semua orang terkejut bila Zaid kata dia nak terus tinggal dengan Rasulullah disebabkan kasih sayang yang diberikan. Bapak dia pun terkejutlah. Rasulullah bukan sebarang manusia, maka baginda pun offer untuk isytihar yang Zaid dah merdeka dan untuk menghormati si bapak Rasulullah bersetuju untuk jadikan Zaid ni anak angkat dia lalu dinamakan Zaid bin Muhammad. Maka turunlah ayat diatas.
Petikan dari "Biografi Muhammad bin Abdullah" karya Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman. Terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

No comments:
Post a Comment