Wednesday, January 13, 2010

HUKUM MULTI LEVEL MARKETING (MLM)

Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari dalam bukunya "Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa Jilid 2" terbitan Al-Hidayah Publication, menerangkan dengan terperinci perihal hukum menjual produk secara langsung mengikut sistem multi-level (MLM). Pada dasarnya, MLM adalah HARAM sekiranya sistem atau kaedah berikut digunapakai:
  1. Menjual barangan dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran.
  2. Mewajibkan ahli mencapai target jualan yang ditetapkan sebelum boleh mendapatkan atau melayakkan diri menuntut komisyen hasil dari jualan downlines. Sekiranya gagal mencapai target maka tiada komisyen atau keahlian terbatal.
Menurut Dr. Basri lagi, pada asasnya, komisyen yang diambil hasil dari jualan sesuatu barangan adalah harus dari segi Syarak. Bagaimanapun, komisyen dalam MLM dan sistem piramid boleh menjadi HARAM bila:

  1. Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan yang dibuat olehnya. (I'm not quite sure what this sentence means).
  2. Komisyen diperolehi dari downlines yang langsung tidak dikenali sebab downlines tu mungkin dah terlampau jauh ke bawah.
  3. Mensyaratkan ejen untuk menjual dalam jumlah tertentu sebelum boleh menerima komisyen.
  4. Tiada sebarang produk ditawarkan MLM sebaliknya menjadi ahli semata-mata ingin mencari downlines. Dalam erti kata lain, ahli bukan mendaftar untuk membeli produk tetapi untuk menyertai rangkaian seterusnya memperolehi wang darinya.
  5. MLM yang menjual barang-barang haram.
  6. Terdapat dua aqad jual beli dalam satu yang ditegah ole Rasulullah S.A.W seperti dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a yang bermaksud; "Rasulullah s.a.w melarang dari terlibat dengan dua jualan di satu jualan." Ini berlaku bila syarikat MLM membuka pendaftaran untuk ahli dan ahli mendaftar untuk menjual produk selain mencari ahli baru untuk dijadikan downlines.
Dr. Basri juga menjelaskan yang perniagaan secara MLM boleh menjadi HALAL dengan menggunakan kaedah yang bertentangan seperti yang dinyatakan di atas. Untuk keterangan lebih lanjut dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran. Cuma RM45.00.

Konsep perniagaan dalam Islam tidak membenarkan keuntungan dari sesuatu perniagaan diperolehi tanpa usaha.

So, bila jumpa wakil MLM kata, "Abang/kakak jangan risau. Tak perlu buat apa-apa. Abang/kakak cuma invest dan kita akan carikan downlines untuk abang/kakak. Cukup bulan komisyen akan dikreditkan dalam akaun", you just tell that agent out loud...GET LOST!!!!

Aku pun pernah involved dalam skim MLM ni masa dulu-dulu. Dan sistem atau kaedahnya macam yang disebut di atas. Masa tu tak tahu hukum. Teruk betul.

No comments:

Post a Comment