Sunday, January 10, 2010

Jamak & Qasar - Bila Layaknya?

Secara umum kita selalu dengar orang berkata bila kita bermusafir maka kita boleh bersolat secara jamak dan qasar. Tapi kita selalu lupa tentang takrifan 'bermusafir', 'bermukim' dan 'bermastautin'. Bila kita rujuk takrifan, ianya berbeza-beza dari satu mazhab kepada satu mazhab. Yang kita guna pakai di Malaysia adalah Mazhab Syafie. Dan takrifan ini disepakati oleh semua ulama Mazhab Syafie.

Dalam Majalah Solusi Isu 10, dengan terang dan jelas menyatakan jamak dan qasar hanya boleh dilaksanakan bagi si musafir yang tidak lebih dari tiga hari (tidak termasuk perjalanan pergi dan balik). Sekiranya perjalanan kita ke suatu tempat dengan niat atau perancangan awal sebelum keluar dari rumah untuk berada di tempat yang dituju lebih dari tiga hari, maka sebaik sampai di tempat yang dituju status musafir seseorang itu akan gugur dengan sendirinya kerana dia kini berstatus seseorang yang bermukim. Oleh itu seseorang yang dalam situasi begini tidak boleh mengerjakan solat jamak dan qasar.

Keterangan ini juga diperjelaskan oleh Datuk Ismail Kamus dalam kitabnya Indahnya Hidup Bersyariat. Penerangan yang dijelaskan oleh Datuk Ismail Kamus juga sama dengan yang terdapat dalam Majalah Solusi Isu 10.

Pemahaman kebanyakkan kita selama ini ialah walaupun kita merancang untuk balik kampung selama 5 hari misalnya (tidak termasuk perjalanan pergi dan balik), kita akan bersolat jamak dan qasar untuk tiga hari yang pertama dan seterusnya bersolat seperti biasa pada hari ke empat dan ke lima. Mudah-mudahan dengan sedikit penerangan ini dapat memberi panduan agar kita tidak tersilap lagi.

No comments:

Post a Comment