Thursday, January 7, 2010

KELEBIHAN BERSELAWAT

Antaranya:
  1. Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
  2. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah di dunia dan akhirat serta syafaat Nabi S.A.W.
  3. Boleh menghindari seseorang dari sifat-sifat munafik dan kafir.
  4. Tiket mudah masuk syurga.
  5. Menggantikan sedekah bagi yang tak mampu.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan al-Dailami daripada Abu Zar r.a, bermaksud, "Sesiapa membaca selawat untukku pada hari Jumaat 200 selawat, diampuni Allah segala dosanya selama 200 tahun."

Hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi pula bermaksud, "Bahawa doa itu terhenti di antara langit dan bumi, tidak akan diangkat ke langit sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi S.A.W."

Jika dibaca 100 kali sehari, insyaAllah dikabulkan hajat (30 di dunia dan 70 di akhirat).

Petikan dari kitab Indahnya Hidup Bersyariat, oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment