It has been quite some time since I last updated this blog. Bukan tak de bahan. Bahan sememangnya banyak cuma masa yang tak mengizinkan. A couple of weeks ago I listened to one ceramah on "Ilmu". And of course, seperti yang kita semua dah tahu, menuntut dan mengajar ilmu tu hukumnya wajib. So, digagahkan juga la untuk menulis blog ni. Seorang ustaz dalam program Tanyalah Ustaz di TV9 kata, kita mesti bagi tahu orang tentang ilmu yang bermunafaat. Samada orang tu nak ikut atau tidak itu bukan urusan kita lagi.
So, kali ni I just want to share what I have read in the latest issue (Issue 17) of SOLUSI magazine. Maybe some of you have already purchased it. Good......teruskan. Di samping majalah NONA, JELITA, WANITA, etc, kena juga beli SOLUSI. Dah baca tak pe. But I will still write....setidak-tidaknya dapat ingatkan diri sendiri.
Antara yang diperkatakan dalam Isu kali ini:
Mengangkat takbiratulihram tanpa suara tidak sah solat. Dalam halaman soal jawab solat dengan Ustaz Fadzli Al-Yamani, beliau mengatakan ada 16 syarat sah takbiratulihram (sila rujuk Solusi isu ini) dan menguatkan suara walaupun sekadar didengar telinga sendiri termasuk dalam salah satu syarat sah takbiratulihram.
Sekumpulan doktor-doktor pakar telah membuat kajian tentang buah zaitun. Hasil kajian, mereka menyimpulkan bahawa memakan minyak zaitun boleh mencegah penyakit pembuluh nadi, mencegah peningkatan tahap kolestrol dalam darah, mencegah peningkatan tekanan darah, kencing manis dan pelbagai jenis barah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, "Makanlah buah zaitun dan minyakkan rambut dengannya kerana buah zaitun keluar dari pohon yang berkat." Sebab tu lah kita tengok dalam program masakan orang putih memang kerap dicampurkan sedikit minyak zaitun. Minyak ni mahal jadi campur sikit pun dah memadai insyaAllah.
Satu kajian juga telah dibuat oleh saintis barat tentang madu. Kesimpulan yang mereka buat ialah madu yang terbaik adalah yang diambil dari gunung, kemudian dari pokok kayu dan kemudiannya dari kawasan perumahan yang didiami manusia. Bandingkan dengan firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 68 yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah mewahyukan kepada lebah;'Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibina manusia.'"
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;"Antara tanda-tanda kiamat adalah berleluasanya mati secara tiba-tiba." Fakta yang diperolehi hasil kajian di US, lebih kurang 325000 orang meninggal setiap tahun disebabkan oleh sudden cardiac death (SCD).
Rasulullah melarang kita memakan haiwan jallalah dan meminum susunya. Haiwan jallalah adalah haiwan yang memakan najis dan lain-lain kotoran. Bagaimanapun, dikecualikan terhadap haiwan jenis ini yang telah melalui proses kuarantin seperti ayam dan ikan keli dikuarantin selama 3 hari, kambing 7 hari dan unta/lembu 40 hari. Personally I am not worried about kambing and lembu sebab haiwan jenis ini biasanya diternak di ladang dan diberi makan rumput. But what about ayam & ikan keli???? Ayam kampung??? Cukup ke proses kuarantinnya? Wallahua'lam. Kita tak pasti yang ayam kampung makan najis tapi yang pasti ayam-ayam yang dipelihara di kampung-kampung selalunya diberi makan hasil lebihan makanan kita dan biasanya ia adalah kotoran sebab dah bercampur antara nasi, lauk dan tulang-tulang. Kalau ada sesiapa kata ini bukan dalam ketogori kotoran...ha...silalah makan campuran tu.
Ada banyak lagi topik-topik yang penting dalam keluaran kali ni. Boleh beli dan baca. Petikan di atas hanya sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan berkongsi.
I would also like to thank all those yang beri komen dan pandangan tentang all issues I have posted in this blog. Cuma kalau boleh komen dan pandangan tu dimasukkan terus ke blog untuk bacaan semua dan tidak diberi secara lisan. I would also like to stress that everything that I have posted adalah berpandukan kepada rujukan kitab-kitab dan majalah-majalah and NEVER from my own interpretation. Ada yang mengatakan lain ulama lain pendapat dalam isu-isu yang pernah ditulis di sini. Of course....100% agree. Kita ada 4 ulama tersohor, Maliki, Hanafi, Hambali dan Syafie. Dari 4 ulama ni lahir ribuan lagi ulama dan ustaz. Tapi kita kena ingat yang kita di Malaysia berpegang teguh kepada Mazhab Syafie and I always make sure that what to be posted is always in line with Mazhab Syafie. I am not an ustaz and that's fact tapi dalam Quran Allah tak kata hanya ulama dan uztaz aje yang perlu menyampaikan ilmu. Apa yang dimasukkan ke dalam blog ini hanya Lillahita'ala. Diharap sedekah dalam bentuk ni akan terus mengalir ke hari kiamat. Amin.